KKM nafi doktor kontrak layak terima biasiswa HLP - Utusan Malaysia

KKM nafi doktor kontrak layak terima biasiswa HLP

NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan Hartal Doktor Kontrak mengenai mereka kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi membolehkan meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, surat yang disertakan oleh gerakan itu belum dikeluarkan secara rasmi oleh kementeriannya.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh tampil dengan cetakan surat ini. Surat mengenai perkara ini (latihan kepakaran) belum dikeluarkan. Yang telah dimaklumkan adalah pegawai kontrak yang tamat tempoh kontrak khidmat wajib sekarang akan disambung semula.

“Kohort pertama kontrak dua tahun selepas khidmat wajib (3,000 lebih doktor kontrak) telah ditawarkan mulai Januari tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Pagi tadi, Hartal Doktor Kontrak memaklumkan, mereka kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi HLP bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Dalam hantaran di Facebooknya, gerakan itu melampirkan cetakan surat rasmi bertarikh 5 Januari 2022 daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelantikan secara kontrak perubatan, pergigian dan farmasi selepas khidmat wajib bagi kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran.

Dalam surat itu menyatakan, kerajaan pada 14 Julai 2021 bersetuju supaya pegawai perubatan dalam tiga bidang yang telah melengkapkan tempoh kontrak khidmat wajib dilantik semula secara kontrak bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran.

Jelasnya kenyataan tersebut, tawaran pelantikan semula secara kontrak akan dibuat berdasarkan kohort lantikan secara berperingkat menerusi Portal Semakan Kerjaya KKM mulai 1 Januari 2022 merangkumi pegawai perubatan (kohort lantikan 2017 dan pegawai yang telah dilanjutkan latihan siswazah dan lengkap khidmat wajib 2022), pegawai pergigian (kohort lantikan 2019) dan pegawai farmasi (kohort lantikan 2019). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.