Kilang proses minyak sawit dikompaun RM64,000 - Utusan Malaysia

Kilang proses minyak sawit dikompaun RM64,000

JAS mengeluarkan kompaun berjumlah RM64,000 kepada sebuah kilang berasaskan minyak sawit di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Sebuah kilang berasaskan minyak sawit di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini dikenakan tindakan kompaun sejumlah RM64,000 kerana gagal mengurus buangan terjadual.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dibuat susulan pemeriksaan yang dibuat oleh sepasukan pegawai penguat kuasa JAS Cawangan Pasir Gudang.

Menurut kenyataan itu, premis berkenaan didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan yang terhasil.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebuah kilang yang berasaskan minyak sawit itu gagal dalam mengendali dan menguruskan bahan buangan dengan baik.

“Justeru, JAS Johor telah mengeluarkan 32 kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM64,000 kepada pemilik premis berasaskan minyak sawit di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang,” katanya.

Tambah JAS, premis itu didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN