Kerja walaupun sakit itu seksa… -Ruhainies alami keracunan makanan - Utusan Malaysia

Kerja walaupun sakit itu seksa… -Ruhainies alami keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Ruhainies, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah sakit perut dan muntah akibat keracunan makanan, beberapa hari lalu.

Menerusi entri Instagram, semalam pelakon drama Cukup Derita itu memuat naik beberapa perkongsian gambar dan video yang memaparkan dirinya sedang terlantar layu di atas katil hospital swasta di ibu kota.

“Hanya tuhan yang tahu apa yang saya rasa sekarang ini. Saya mengalami keracunan makanan beberapa hari lepas dan itu sebabnya mengapa saya sedikit senyap sejak kebelakangan ini.

“Hari ini (semalam) rasa betul-betul pulih daripada kesakitan ini. Saya tidak mengingati bila kali terakhir mengalami keracunan makanan yang teruk macam ini,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memaklumkan penyakit berkenaan menyerang dirinya ketika dia sedang sibuk menjalani satu sesi pengambaran.

Selain itu, walaupun tahap kesihatannya masih dalam keadaan yang kurang baik, namun dia tetap untuk meneruskan kerja selepas itu.

“Kena kerja walaupun awak sakit itu seksa okey. orang macam kami ini mengambil cuti sakit tiada nilai tau.

“Tidak kira apa yang berlaku, kena kerja juga supaya tidak menyusahkan orang lain. Terima kasih buat produksi drama yang sangat memahami.

“Mereka beri saya masa panggilan lewat untuk hari berikutnya untuk pengambaran. Alhamdulillah, kini saya beransur pulih,” ujarnya.

Mengulas lanjut, dia sempat menitipkan pesanan kasih sayang buat para pengikutnya agar sentiasa menitik beratkan kesihatan walau sibuk dengan kerjaya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya mencoretkan kata pujian selain mendoakan Ruhainies agar disegerakan pulih seperti sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN