Kebakaran tapak sampah, UMNO Pulau Pinang mahu kerajaan negeri bertanggungjawab  - Utusan Malaysia

Kebakaran tapak sampah, UMNO Pulau Pinang mahu kerajaan negeri bertanggungjawab 

MUSA SHEIKH FADZIR ketika bertemu penduduk Kampung Kebun Baru, Nibong Tebal, Pulau Pinang yang terjejas ekoran bencana kebakaran tapak pelupusan sampah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: UMNO Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya susulan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang berlarutan sejak 10 hari lalu. 

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, selain kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pihak pengurusan tapak pelupusan sepatutnya tampil memberikan penerangan terperinci berhubung situasi semasa kejadian itu. 

Katanya, kegagalan kerajaan negeri menyelaraskan maklumat menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk yang terjejas. 

“Kerajaan negeri sepatutnya maklumkan kepada penduduk tentang perkembangan terkini dan bukannya setakat mengeluarkan arahan berpindah semata-mata. Sudah lebih seminggu kejadian ini berlarutan dan segelintir penduduk  terpaksa menutup kedai selain ada juga yang terpaksa mengambil cuti kerana ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). 

“Justeru, pihak terlibat wajar memberikan pampasan kepada penduduk yang terbeban dengan ketidakselarasan pihak berwajib dalam menangani isu ini,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama penduduk di Kampung Kebun Baru, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya