JDT sambar pemain Serie A - Utusan Malaysia

JDT sambar pemain Serie A

FERNANDO Forestieri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mengumumkan kehadiran pemain baharu mereka, kali ini melibatkan pemain import iaitu Fernando Forestieri selepas Syahmi Safari mengesahkan menyarung jersi Harimau Selatan, semalam.

Penyertaan Forestieri, 31, dimaklumkan JDT melalui video pengenalan berdurasi kurang seminit yang dimuat naik dalam media sosial mereka, Johor Southern Tiger, hari ini.

Sementara itu, dalam video itu, Forestieri berkata, dia telah memperoleh banyak perkara mengenai JDT khususnya melibatkan projek bola sepak juara Liga Super berkenaan.

“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek Bola Sepak JDT, dan saya membuat keputusan inilah hala tuju saya. 

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Dalam video berkenaan, pemain itu dilihat keluar daripada sebuah limosin hitam yang berhenti di depan pintu utama ibu pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri seperti Syahmi.

Ketibaannya di ibu pejabat tersebut turut disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Penyerang kelahiran Argentina itu diyakini bakal menyarung jersi bernombor 45 berdasarkan video yang dikongsikan berkenaan.

Pemain itu sebelum ini beraksi bersama pasukan Udinese dalam liga Serie A, Itali. Selain itu, dia turut pernah menyarung jersi Sheffield Wednesday dan Watford.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya