Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan - Utusan Malaysia

Pemandu lori buang sisa bahan kimia ditahan

JAS Cawangan Pasir Gudang menahan seorang pemandu lori berusia 47 tahun bagi membantu siasatan melibatkan aktiviti pembuangan sisa bahan kimia di Jalan Kong Kong Laut, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori yang disyaki membuang sisa bahan kimia tanpa kelulusan di kawasan tanah lapang di Jalan Kong Kong Laut, Pasir Gudang, di sini ditahan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS).

JAS Cawangan Pasir Gudang dalam satu kenyataan berkata, penahanan lelaki tempatan berusia 47 tahun itu dibuat susulan aduan awam diterima melibatkan aktiviti pembuangan sisa bahan kimia di lokasi berkenaan.

“Siasatan di lokasi mendapati lori berkenaan membawa 150 bekas tong drum plastik berwarna biru disyaki mengandungi sisa bahan kimia. Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu lori dipercayai membuang cecair berkenaan ke kawasan tanah lapang di lokasi kejadian.

“Sampel cecair tersebut telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Negeri Johor,” katanya.

Tambah kenyataan itu, tindakan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 37C dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×