Isu pemilikan saham Azam Baki: Pengerusi PSC dirayu mesyuarat diteruskan  - Utusan Malaysia

Isu pemilikan saham Azam Baki: Pengerusi PSC dirayu mesyuarat diteruskan 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri daripada pembangkang menggesa agar mesyuarat membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diteruskan.

William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) berkata, meskipun Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah membuat keputusan berhubung perkara itu, beliau merayu kepada Pengerusi Jawatankuasa itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) untuk mengadakan mesyuarat berkenaan secepat mungkin.

Katanya, perkara tersebut melibatkan kepentingan awam dan ia seharusnya diteliti dengan kadar segera.

“Sekarang (mesyuarat) ditangguhkan, kita sedang menunggu nasihat daripada penasihat undang-undang Parlimen.

“Kita merayu kepada Pengerusi untuk mengadakan mesyuarat dengan secepat mungkin kerana ini adalah isu kepentingan awam,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN