Irfan Haris mulakan 2022 dengan Milik - Utusan Malaysia

Irfan Haris mulakan 2022 dengan Milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tampil dengan lagu Patung sekitar setahun lalu, penyanyi Irfan Haris, 20, memulakan tahun 2022 dengan sebuah lagu baharu berjudul Milik.

Single berentak pop moden ini dicipta sendiri penyanyi ini bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan, Ajay Amai, Nick Ariff, Glow Rush, Nappie Hassan dan Kaler-J.

“Lagu ini berkisar tentang kisah percintaan dalam sebuah perhubungan yang asalnya merupakan hubungan di antara dua rakan baik yang kemudiannya ‘hati’ rakan baiknya itu menjadi miliknya. Hubungan itu menjadi sangat istimewa buat lelaki tersebut.

“Pada kali ini saya membawakan genre pop moden yang tak pernah saya nyanyikan sebelum ini. Saya inginkan kelainan dan mencuba sesuatu yang baru, selain mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

“Lagu ini juga turut memaparkan sisi vokal yang lebih dewasa sesuai dengan usia saya sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tersebut Irfan memberitahu proses rakaman lagu Milik mengambil masa selama 4 jam. Katanya tempoh tersebut lebih singkat berbanding lagu-lagu yang pernah dia rakamkan sebelum ini.

“Banyak yang saya pelajari ketika berada di studio rakaman. yang paling penting adalah pengalaman bekerjasaman dengan komposer tersohor termasuk Mike Chan.

“Mike banyak memberi tunjuk ajar serta ‘input’ yang menarik dan kreatif agar lagu ini dapat dinyanyikan dengan baik semasa di dalam studio,” ceritanya.

Dalam pada itu, Irfan memaklumkan proses rakaman video muzik Milik telah dimulakan sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimansuhkan kerajaan.

Katanya, lebih menggembirakan apabila video muzik berkenaan berjaya disiapkan hanya dalam satu 1 hari.

“Saya sangat teruja dengan konsep video muzik ini. Ia memaparkan kisah cinta di kolej, di mana saya percaya ramai remaja pernah berdepan dengan situasi sebegini. Jalan ceritanya ringkas namun memberi impak kepada sesiapa yang menontonnya,” ujarnya.

Selain itu, dalam keterujaan mengeluarkan single baharu, penuntut tahun akhir diploma Seni Hiburan di KDU University College ini menegaskan tidak akan mengabaikan pelajaran malah lebih mengutamakan perkara itu dalam apa keadaan sekalipun.

“Pihak pengurusan Rocketfuel tidak pernah menghalang hasrat saya yang ingin meneruskan pelajaran. Mereka sangat memahami kehendak saya yang mahu menimba ilmu terlebih dahulu.

“Bayangkanlah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terpaksa melakukan aktiviti kuliah seperti berlakon, menyanyi dan menari secara atas talian. Ternyata ia bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan,” katanya lagi.

Lagu Milik boleh dimuat turun di platform iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua rangkaian telekomunikasi tempatan.

Lagu ini juga boleh diperdengarkan menerusi Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Video muziknya pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube, Rocketfuel Network.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya