Pasaran saham ditutup positif 

Pasaran saham ditutup positif 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan nada positif selari dengan pengukuhan kebanyakan pasaran saham utama di rantau Asia. 

FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 5.50 mata kepada 1,695.21 pada 5 petang hari ini, berbanding 1,689.71 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,689.07.

Jumlah dagangan sebanyak 3.42 juta unit bernilai RM3.03 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 611 berbanding 476 dengan 608 kaunter tidak berubah dan 1,037 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun susut 1,042.44 mata atau 1.75 peratus kepada 58,475.90 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura turun 10.86 peratus kepada 4,996.97 dan indeks KOSPI Korea Selatan jatuh 34.13 mata atau 0.55 peratus kepada 6,191.92. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN