Jabatan Penjara sahkan Najib solat di Penjara Kajang - Utusan Malaysia

Jabatan Penjara sahkan Najib solat di Penjara Kajang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penjara mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, pagi tadi untuk menunaikan solat Jumaat di Penjara Kajang.

Pengesahan itu dibuat secara ringkas ketika ditanya media di sini hari ini.

“Beliau (Najib) solat jumaat di Penjara Kajang,” katanya ringkas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kenderaan yang membawa Najib dilihat meninggalkan kediaman berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan anak beliau, Datuk Mohd Nazifuddin memaklumkan bapanya akan menunaikan solat Jumaat di Penjara Kajang mengikut prosedur ditetapkan pihak penjara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini