Ikhlas sumbang bakti kepada rakyat - KP Perkhidmatan Awam - Utusan Malaysia

Ikhlas sumbang bakti kepada rakyat – KP Perkhidmatan Awam

MOHD.  Khairul Adib Abd. Rahman bersama pegawai-pegawai JPA pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya. - UTUSAN/SITI A'ISYAH SUKAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semangat ingin bertugas dan menyumbang bakti dengan tulus ikhlas kepada rakyat perlu terpahat dalam kalangan semua penjawat awam di negara ini. 

Itu antara pesanan akhir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman kepada pegawai dan kakitangan awam yang menamatkan tanggungjawabnya bagi jawatan tersebut pada 16 Januari ini.  

Katanya, generasi seusia dengan beliau pada hari ini sudah semakin sedikit bilangannya, namun legasi dan semangat untuk berbakti perlu diteruskan oleh generasi penjawat awam.

“Semangat untuk berkhidmat dan menyumbang bakti secara ikhlas perlu sentiasa disuburkan kerana kita tidak mahu melihat generasi muda penjawat awam lebih mementingkan kemudahan yang mereka terima daripada sumbangan yang mereka berikan.

“Kelangsungan semangat untuk berkhidmat dengan ikhlas boleh direalisasikan dengan usaha berterusan untuk meningkat dan menambah baik perkhidmatan yang diberikan,” katanya ketika  berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini. 

Mohd. Khairul Adib menyertai perkhidmatan awam bermula 12 Januari 1988 iaitu dalam tempoh kira-kira 34 tahun seterusnya menerajui JPA dan perkhidmatan awam sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Oktober 2019 dan akan menamatkan tanggungjawabnya selepas bersara wajib berkuat kuasa 16 Januari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN