Ibu bapa masih berharap SK Assumption tidak ditutup - Utusan Malaysia

Ibu bapa masih berharap SK Assumption tidak ditutup

SEBAHAGIAN ibu bapa dan penjaga murid SK Assumption di Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang berkumpul di hadapan sekolah tersebut sebagai sebahagian usaha terakhir merayu tidak berlaku penutupan operasi sekolah itu pada 28 Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Meskipun Se­ko­lah Kebangsaan (SK) Assumption di Bagan Dalam di sini akan menutup operasinya mulai 28 Februari ini, namun rata-rata ibu bapa kepada murid di sekolah itu masih percayakan ‘keajaiban’ dan berharap penutupan itu tidak berlaku.

Seorang suri rumah, Che Su Tahar, 42, berkata, dia tahu harapan mereka agak tipis kerana tanah tersebut adalah milik persendirian dan pemiliknya juga dilaporkan mahu mendapatkan semula tanah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, dia masih berharap cadangan penutupan sekolah itu ditarik balik atau sekurang-kurangnya ditangguhkan memandangkan sekolah tersebut menyimpan banyak memori kerana telah beroperasi hampir 90 tahun serta melahirkan ramai tokoh yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

“Ramai ibu bapa termasuk saya sendiri sangat berpuas hati dengan pencapaian murid serta guru di sini.

“Disebabkan jumlah murid yang tidak ramai, guru boleh memberi fokus sepenuhnya kepada setiap murid seperti sekolah swasta dan hubungan mereka juga lebih rapat umpama ibu atau bapa dengan anak,” katanya ketika ditemui.

Media sebelum ini melaporkan lesen sekolah terbabit akan dibatalkan kerana pemilik tanah persendirian di situ telah me­minta tanah dan bangunan yang dibina dikembalikan ‘secepat mungkin’.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam mesyuarat yang diadakan lebih seminggu lalu iaitu sebelum sesi persekolahan disambung semula awal tahun ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN