Hilang barang kes, polis siasat kenyataan pemilik akaun Twitter Edisi Khas - Utusan Malaysia

Hilang barang kes, polis siasat kenyataan pemilik akaun Twitter Edisi Khas

MOHAMAD MAT YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan pemilik akaun Twitter Edisi Khas yang mendakwa pihaknya terlibat dalam kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah lebih RM600,000 pada Mei 2020. 

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, siasatan dijalankan selepas satu laporan polis dibuat oleh polis Negeri Sembilan berhubung kenyataan fitnah itu di Balai Polis Campbell semalam. 

“Kami tengah siasat dan mengesan pemilik akaun Twitter Edisi Siasat ini dan siasatan dijalankan mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah. 

“Saya menafikan dakwaan tersebut kerana polis telah menyerahkan siasatan kes (kehilangan wang tunai barang kes) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu tular dalam media sosial Twitter pemilik akaun Edisi Khas berhubung satu laporan polis bertarikh 5 Mei 2020 yang dibuat oleh seorang lelaki berhubung kehilangan wang tunai lebih RM600,000 miliknya ketika ditahan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. 

Menurut Mohamad, hasil siasatan mendapati, kehilangan wang tunai itu pada mulanya berpunca daripada tangkapan kes penyeludupan rokok oleh IPD Seremban pada Mei 2020. 

Bagaimanapun, beliau berkata, kes itu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan siasatan telah pun selesai. 

“SPRM telah mengambil keterangan enam anggota polis berhubung kes ini dan kes selesai, kenapa perlu timbulkan. Ini merupakan satu fitnah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya