Hanya 14 mangsa banjir masih di PPS di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Hanya 14 mangsa banjir masih di PPS di Negeri Sembilan

BEBERAPA orang mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Sungai Kelamah, memilih pakaian yang disumbangkan orang ramai, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hanya tinggal sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di Negeri Sembilan susulan kejadian banjir yang melanda tiga buah daerah pada 1 Januari lalu.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan memaklumkan, setakat pukul 2 petang tadi hanya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rompin di Jempol yang masih beroperasi.

PPS berkenaan masih menempatkan seramai 14 mangsa daripada dua buah keluarga sejak ia dibuka pada 1 Januari lalu.

PPS SK Sungai Kelamah di Tampin yang sebelum ini menempatkan seramai 872 orang mangsa daripada 232 buah keluarga telahpun ditutup pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Sementara itu, PPS di Balai Raya Kampung Puom, Jelebu masih lagi menempatkan seramai enam orang mangsa daripada dua buah keluarga susulan kejadian banjir pada 18 dan 19 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN