Empat juta belia kini pengundi baharu - PM

Empat juta belia kini pengundi baharu – PM

ISMAIL Sabri Yaakob diiringi Ahmad Yakob (kiri) dan Mohd. Syahbuddin Hashim menyempurnakan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Kali Ke-60 di Kota Bharu semalam. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih empat juta golongan belia berumur 18 tahun ke atas di seluruh negara telah didaftarkan sebagai pengundi baharu secara automatik bermula 16 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada 2019, kumpulan tersebut kini layak untuk mengundi bermula tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pertubuhan-pertubuhan belia memainkan peranan untuk memberikan kesedaran kepada golongan muda tentang pentingnya proses demokrasi kepada negara.

“Ini penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih benar-benar layak serta mampu menerajui negara. Kesilapan memilih pemimpin akan memberikan kesan buruk kepada negara pada masa akan datang.

“Memilih pemimpin tidak boleh berasaskan emosi tetapi perlu melalui pertimbangan yang sedalam-dalamnya.

“Sejarah telah membuktikan bagaimana negara-negara dunia menghadapi masalah sehingga hari ini disebabkan pemimpin dipilih melalui emosi dan sentimen negatif yang diwujudkan oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kali Ke-60 di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Presiden MAYC, Mohd. Syahbuddin Hashim – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya