fbpx

Dana MITRA : SPRM tahan 22 individu, enam direman

ANTARA individu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman membantu siasatan penyelewengan dana peruntukan Mitra.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pengarah syarikat, presiden, setiausaha persatuan dan pertubuhan antara 22 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana peruntukan Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) B40 di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Penahanan mereka dilakukan di ditujuh negeri iaitu di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak enam daripada mereka  ditahan reman antara empat ke enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret di Selangor, Kedah dan Putrajaya. 

Seramai 16 individu lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Satu sumber memberitahu, operasi Mitra 2.0 itu menumpukan kepada baki 17 syarikat dan pertubuhan yang tergolong dalam kumpulan yang telah menerima dana berjumlah RM1 juta hingga RM9 juta.

Kata sumber itu, siasatan itu rentetan sebelum ini yang mana SPRM mengenal pasti sebanyak 337 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan geran peruntukan tersebut sejak tahun 2019 hingga 2021 dengan peruntukan berjumlah lebih kurang RM203 juta.

“Siasatan SPRM membabitkan dua fasa yang mana peringkat pertama siasatan memberi tumpuan kepada 27 buah syarikat, persatuan dan NGO yang telah menerima peruntukan antara RM1 juta hingga RM9 juta. 

“Susulan siasatan itu, sebanyak 18 individu ditahan SPRM pada Oktober tahun lalu melibatkan 10 buah syarikat, pertubuhan dan NGO bagi membantu siasatan penyelewengan ini,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata sumber, selain tindakan ini, SPRM bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara dengan menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman bagi memberikan tumpuan ke atas 310 syarikat yang telah menerima peruntukan di bawah RM1 juta.

“Fokus siasatan dalaman ini akan meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh penerima geran peruntukan Mitra dari 2019 hingga 2021.

 “Peruntukan paling tinggi yang diluluskan ialah pada tahun 2019 iaitu melebihi RM90 juta. 

“Ia diluluskan kepada 205 syarikat, persatuan dan NGO. Daripada jumlah tersebut, terdapat lapan syarikat dikenalpasti memperolehi geran peruntukan lebih RM1 juta,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI