Covid-19: Kluster baharu menurun, kes harian meningkat - Utusan Malaysia

Covid-19: Kluster baharu menurun, kes harian meningkat

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 17 kluster baharu berbanding semalam, 20 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,272 kluster.

“Sebanyak 214 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 201 kluster.

“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,058 kluster berbanding semalam, 6,054 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,764 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 3,229 kes sekali gus mengatasi 3,254 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan, 72 kes berbanding semalam, 76 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan penurunan, 160 kes berbanding semalam, 162 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 13 kes, berbanding semalam, sembilan kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,831 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiga kes daripada 13 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,420 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya