Cegah banjir lebih baik daripada ‘mengubati’ - TMJ

Cegah banjir lebih baik daripada ‘mengubati’ – TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menerima mengadap Noorazam Osman (dua dari kanan) dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan menganjurkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai-sungai.

Titah Tunku Ismail, antara langkah pencegahan yang akan dilakukan termasuklah menganjurkan program pembersihan sungai di Johor serta pelbagai inisiatif-inisiatif lain.

Walaupun ada penambahbaikan dalam usaha tebatan banjir sejak peristiwa tahun 2006, tetapi baginda berhasrat untuk mencari penyelesaian tetap kepada masalah banjir di negeri itu kerana ia merupakan masalah yang berlaku hampir setiap tahun.

“Antaranya yang penting adalah sistem saliran dan perparitan yang mampu menampung kapasiti air hujan yang tinggi, pengurusan sungai yang efektif dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi bencana. 

“Saya tetap berpendapat bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Pada bulan Februari ini, saya akan anjurkan program pembersihan sungai di Johor dan juga inisiatif serta program khas untuk meningkatkan kesedaran orang ramai,” titah baginda dalam laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Johor, hari ini.

Baginda sebelum itu berkenan menerima mengadap Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air.

Titah Tunku Ismail, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan keluarga diraja akan terus berusaha bersama kerajaan dalam mencari penyelesaian tetap agar rakyat Johor tidak perlu berdepan dengan bencana banjir lagi.

Sejak 31 Disember lalu, hampir semua daerah di negeri ini terjejas akibat banjir sehingga menyebabkan lebih daripada 5,000 penduduk terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Setakat ini, situasi banjir di Johor menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa terus berkurangan kepada 1,227 orang berbanding 1,876 mangsa yang ditempatkan di 26 PPS.

Mangsa daripada 351 keluarga itu adalah mereka yang masih terjejas di Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN