Bertapak sejak 150 tahun lalu, rebana kercing diambang kepupusan - Utusan Malaysia

Bertapak sejak 150 tahun lalu, rebana kercing diambang kepupusan

BRIAN D. McFeeters (berbaju batik) melihat rebana yang dimainkan dalam tarian rebana kercing di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bercadang menjadikan tarian tradisional, rebana kercing sebagai aktiviti kokurikulum dalam kalangan penuntutnya, selain diajar di sekolah-sekolah di negeri ini.

Rebana kercing merupakan tarian tradisional yang sudah bertapak di negara ini sejak lebih 150 tahun lalu di Kampung Laut, di sini.

Tarian dipercayai berasal dari Tanah Arab serta Parsi itu dipersembahkan dengan cara golongan dewasa akan bertindak sebagai pemalu rebana manakala kanak-kanak sebagai penari.

Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMK berkata, rebana kercing kini diambang kepupusan dan kurang dikenali berbanding makyong dan wayang kulit.

“Oleh sebab itu, pihak UMK kini dalam perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk memasukkan rebana kercing dalam kokurikulum pelajar di universiti dan sekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Ambassador Fund For Cultural Preservation yang disempurnakan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters di Dewan Rebana Kercing Kampung Laut.

Turut berangkat, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim dan dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman.

Mengulas tentang Ambassador Fund For Cultural Preservation, Nik Maheran berkata, menerusi program itu, UMK mengambil inisiatif untuk memulihara rebana kercing dengan dana RM200,000 yang dibiayai Kedutaan Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya