Bekas pembantu penguat kuasa direman bantu siasatan kes akaun bank palsu - Utusan Malaysia

Bekas pembantu penguat kuasa direman bantu siasatan kes akaun bank palsu

SEORANG bekas pembantu penguatkuasa (dua dari kanan) dari sebuah agensi kerajaan direman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang bekas pembantu penguat kuasa dari sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Farid Lateef selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi semalam 

Katanya, suspek dipercayai menerima rasuah kira-kira RM20,000 setiap bulan untuk tempoh selama 20 bulan sejak Julai 2019 sebagai dorongan untuk dia memainkan peranan bagi meluluskan tender kontrak sebuah syarikat pembersihan di Kedah yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta.

“SPRM kini sedang mendapatkan dokumen berkaitan, selain merakam pernyataan beberapa saksi dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan pada masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Pada 11 Januari lalu, seramai 21 individu ditahan SPRM manakala seorang lagi ditahan reman pada 16 Januari lalu bagi membantu siasatan kes yang sama. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya