Bapa alami detik hitam selepas tegur lelaki mabuk - Utusan Malaysia

Bapa alami detik hitam selepas tegur lelaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: “You mesti mati saya punya tangan dan you punya anak mesti tak ada bapa.”

Demikian antara ugutan diterima seorang bapa selepas menegur seorang lelaki mabuk dekat sebuah klinik di Kapar di sini pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, pengadu dilaporkan bersama isteri dan anaknya berada di klinik berkenaan pada pukul 6.40 petang.

“Pengadu telah menegur seorang lelaki mabuk, selepas itu suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pengadu dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Kemudian, pengadu pulang ke rumah dan apabila sampai, suspek datang bersama seorang yang tidak dikenali dengan menaiki motosikal dan menumbuk pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, selepas ditumbuk, berlaku pergelutan antara pengadu dan suspek berusia 36 tahun itu sebelum dileraikan oleh jiran yang menyedari kejadian terbabit.

Bagaimanapun suspek kemudian kembali semula ke rumah pengadu sambil membawa paip besi berwarna putih dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan untuk membunuhnya.

Tambah Vijaya Rao, pengadu kemudian membuat laporan pada pukul 10.55 malam hari yang sama sebelum pasukan D7 dari IPD Klang Utara menahan suspek keesokan harinya pada pukul 10 malam dekat sebuah rumah di Jalan Hamzah Alang 78, Taman Emas, Klang.

Suspek kemudian direman selama lima hari sehingga Jumaat ini dan disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Kata Vihajata Rao, siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai tiga rekod kesalahan lampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya