Ebola: Uganda kritik sekatan perjalanan sebagai tidak adil

Ebola: Uganda kritik sekatan perjalanan sebagai tidak adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Uganda mengkritik sekatan perjalanan udara yang dikenakan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), susulan penularan wabak Ebola dari negara jiran, Republik Demokratik Congo (DRC), sebagai tindakan yang ‘tidak adil’.

Tindak balas negara Afrika Timur itu terhadap wabak terbaharu demam berdarah maut berkenaan secara umumnya dipuji oleh pegawai kesihatan awam, dengan hanya dua kematian direkodkan daripada 19 kes yang disahkan sejak amaran dikeluarkan di Congo pada pertengahan Mei lalu.

Hampir semua kes melibatkan warga Congo yang menyeberangi sempadan dari negara asal mereka, di mana lebih 676 kes disahkan dan 136 kematian direkodkan sejak 15 Mei.

“Hari ini, Kementerian Kesihatan Uganda bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, duta-duta serta syarikat penerbangan yang beroperasi ke Uganda membincangkan sekatan perjalanan yang tidak adil dikenakan terhadap Uganda susulan situasi semasa Ebola.

“Walaupun kami menghargai keperluan untuk terus berwaspada, sekatan menyeluruh seperti ini menjejaskan keyakinan terhadap negara yang melaporkan wabak secara terbuka dan tidak sepadan dengan risiko sebenar yang dihadapi,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Uganda, Diana Atwine, menerusi platform X pada Jumaat.

Selain AS, Kanada dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara negara yang turut mengenakan larangan kemasukan terhadap pengembara dari Uganda, Congo dan Sudan Selatan susulan penularan wabak itu.

Ketika Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memuji strategi Kampala dalam menangani wabak tersebut semasa lawatannya ke Uganda pada Isnin, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu pada Jumaat memberi amaran wabak berkenaan sedang merebak ke kawasan baharu di Congo.

Tiada vaksin atau rawatan khusus bagi strain Ebola Bundibugyo yang menjadi punca wabak terbaharu itu, iaitu wabak Ebola ke-17 yang melanda negara Afrika Tengah berkenaan.

Penyakit yang merebak melalui sentuhan rapat dan cecair badan individu dijangkiti itu meragut lebih 15,000 nyawa di Afrika sepanjang 50 tahun lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN