Kalau dengan orang gemar mencari perhatian, memang tidak menyesal sombong - Azhan Rani - Utusan Malaysia

Kalau dengan orang gemar mencari perhatian, memang tidak menyesal sombong – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhan Rani tidak melatah apabila digelar sombong oleh seorang individu yang didakwa pernah menyapanya ketika berjumpa.

Kata Azhan, dia tidak kisah dianggap sedemikian lebih-lebih lagi dari individu yang gemar mencari perhatian.

“Ya ke? Saya tidak perasan rasanya. Tapi kalau ya pun saya somboh, bagus juga.

“Saya kalau dengan orang yang gemar mencari perhatian, memang tidak menyesal sombong,” katanya.

Pelakon drama Seribu Tahun itu berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang pemilik akaun Threads yang mendakwa dirinya mengendahkan sapaannya ketika ditegur.

“Azhan Rani. Sombong gila. Cakap hai pun buat tak tahu,” tulis individu berkenaan.

Respons pelakon itu bagaimanapun dihujani pelbagai reaksi dari netizen dan rakan artis yang rata-ratanya terhibur apabila Azhan berdepan dengan komen sedemikian.

Dalam masa sama, pelakon, Beto Kusyairy turut tampil mempertahankan Azhan, selain menegaskan keperibadian sahabatnya itu bukan seperti yang diperkatakan individu berkenaan.

“Astaghfirullah, kau sombong? Jauh panggang dari api. Terbahak aku,” tulisnya.

Pun begitu, perkongsian yang dimuat naik oleh individu tersebut telah pun dipadam selepas meraih kecaman dari peminat pelakon itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN