Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha - Utusan Malaysia

Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini memfailkan saman fitnah bernilai RM10 juta terhadap seorang aktivis berhubung dakwaan pembelian saham syarikat tahun lalu.

Peguamnya, Megat Abdul Munir berkata, saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Lalitha Kunaratnam berikutan surat tuntutan yang dikeluarkan pihak Azam pada 6 Januari lalu tidak mendapat sebarang respons darinya.

“Sebaliknya, beliau melalui peguamnya mengeluarkan kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Twitter. Beliau mendakwa akan meneruskan penerbitan dan ulang terbit kandungan yang klien kami anggap sebagai fitnah.

“Oleh itu, klien kami mengambil keputusan memfailkan saman ini sebelum tamat tempoh 14 hari dari tarikh surat tuntutan tersebut bagi melindungi nama baik, reputasi dan kedudukan profesionalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lalitha sebelum ini mendakwa Azam mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan saham beberapa syarikat.

Bagaimanapun, Azam dalam sidang akhbar khas memaklumkan saham itu milik adiknya yang dibeli menggunakan akaunnya pada 2015.

Susulan itu, Azam telah menghantar surat tuntutan Lalitha minggu lalu serta SPRM membuat laporan polis menyifatkan dakwaan aktivis itu adalah palsu tanpa mengemukakan sebarang bukti

Difahamkan, melalui saman yang difailkan hari ini, Azam menuntut injunksi terhadap Lalitha dan/atau ahli keluarganya atau ejen-ejennya atau selainnya walau dalam apa cara sekalipun dihalang daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan perkataan yang dirujuk dalam saman tersebut.

Beliau juga menuntut perintah mahkamah supaya Lalitha memadam kenyataan atau artikel berkenaan dalam masa tiga hari dari tarikh penghakiman dan permohonan maaf secara terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya