37 pelajar antarabangsa Unisza kutip 1 tan sampah  - Utusan Malaysia

37 pelajar antarabangsa Unisza kutip 1 tan sampah 

ANTARA pelajar antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang menyertai program membersihkan Pantai Seberang Takir, di Kuala Nerus semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kebimbangan terhadap kes kematian penyu akibat tertelan plastik mendorong seramai 37 pelajar antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) membersihkan Pantai Seberang Takir, di sini semalam.

Inisiatif pelajar dari Syria, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Indonesia itu membuahkan hasil apabila kira-kira satu tan sampah dikutip termasuk botol plastik dan jala.

Pengarah Pusat Antarabangsa Unisza, Anuar McAfee berkata, aktiviti berkenaan secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran ramai terhadap kewajipan menjaga alam sekitar di samping mengekalkan kebersihan pantai.

Katanya, program julung kali itu turut mendapat kerjasama Koperasi Homestay Teluk Ketapang.

“Pembuangan plastik merata-rata boleh menjejaskan hidupan laut terutama penyu, tambahan pula banyak kes kematian membabitkan reptilia marin itu sejak kebelakangan ini.

“Inisiatif ini sebagai tanda keprihatinan pelajar antarabangsa terhadap alam sekitar selaras dengan motto universiti, ‘Ilmu demi faedah insan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, program seumpama itu akan diteruskan di masa depan dalam mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat di samping memberi peluang kepada pelajar antarabangsa untuk mendekati budaya tempatan.

Dalam pada itu katanya, Unisza kini mempunyai seramai 1,170 pelajar antarabangsa dari 40 negara yang menuntut di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya