Unit siasat kematian dalam tahanan ditubuh - Utusan Malaysia

Unit siasat kematian dalam tahanan ditubuh

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan ditubuhkan bagi menyiasat kes melibatkan tahanan di lokap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, unit tersebut menumpukan siasatan unsur jenayah dan mengenal pasti subjek, siasatan kecuaian atau kelalaian anggota serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan arahan dikeluarkan.

“Unit berkenaan mula beroperasi 1 Januari ini dengan permulaan 14 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai seorang pegawai kanan polis berpangkat superintenden dan dibantu 12 pegawai polis serta seorang pegawai awam.

“Unit ini beroperasi di bawah kendalian Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Aspirasi Keluarga Malaysia: Peluasan Fungsi Pos Kawalan Keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Hamzah berkata, penubuhan unit baharu berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap suara rakyat selain mempertingkat integriti dan imej polis.

“Saya sudah jelaskan di Parlimen, kematian di lokap berlaku bukan sebuah perkauman seperti dibangkitkan setengah pihak dan tidak ada kena mengena dengan jantina,” katanya. 

Dalam pada itu, menurut beliau, sebanyak 176 kematian dalam lokap serta dalam tahanan direkod sejak 2015 sehingga 2021.

Ujarnya, Kementerian Dalam Negeri akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melantik panel doktor.

“Ini bagi membawa terus tahanan ke klinik swasta kerana prosedur yang digunakan sekarang adalah menunggu doktor yang dihantar Kementerian Kesihatan.

“Ia memakan masa yang lama. Kita kalau boleh dapat tangkap sahaja sebelum masuk lokap sudah ada panel doktor buat saringan dan barulah kita tahu kesihatan tahanan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN