Tiga individu rugi RM33,653 ditipu sindiket Macau Scam - Utusan Malaysia

Tiga individu rugi RM33,653 ditipu sindiket Macau Scam

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sindiket penipuan Macau Scam terus memperdaya mangsa dan kali ini melibatkan tiga individu yang kerugian sebanyak RM33,653 dalam tempoh sehari di daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian semalam, mangsa pertama lelaki berusia 51 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak projek kerugian sebanyak RM11,153 selepas menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai pegawai bank. 

“Mangsa dimaklumkan terdapat kad kredit atas namanya telah digunakan untuk pembelian bitcoin. Panggilan disambungkan kepada ‘pegawai Bank Negara’ untuk tujuan siasatan pihak polis dan mangsa diminta menyerahkan butiran perbankan akaun bank miliknya. Dia kemudian mendapati wangnya dipindahkan kepada individu tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aidi Sham, mangsa kedua seorang wanita berusia 26 tahun bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan pula kerugian sebanyak RM13,900 selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

“Mangsa dimaklumkan terdapat tunggakan cukai atas nama syarikat didaftarkan atas namanya. Panggilan disambungkan kepada  ‘polisIbu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu’ untuk tujuan siasatan dan diminta menyerahkan butiran perbankan akaun bank,” katanya.

Menurut Aidi Sham, seterusnya mangsa ketiga seorang pesara swasta berusia 62 tahun kerugian RM8,6000 selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai bank. 

“Mangsa dimaklumkan terdapat penggunaan kad kredit atas namanya digunakan untuk pembelian bitcoin. Panggilan disambungkan kepada ‘pegawai Bank Negara’ dan untuk tujuan siasatan pihak polis, mangsa diminta ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terdekat untuk mengubah had limit pengeluaran dan membuat pemindahan wang kepada akaun yang tidak dikenali,” katanya.

Aidi Sham berkata, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya