Sekolah sesak: Netizen desak cari penyelesaian, bimbang anak tercicir - Utusan Malaysia

Sekolah sesak: Netizen desak cari penyelesaian, bimbang anak tercicir

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan ibu bapa mendesak kerajaan menyelesaikan segera isu kesesakan sekolah terutama di Lembah Klang antara lain kerana khuatir situasi itu mengakibatkan anak-anak mereka tercicir dalam pelajaran.

Menerusi luahan dalam media sosial susulan pendedahan akhbar Utusan Malaysia berhubung isu itu hari ini, rata-rata netizen turut menyatakan perasaan kecewa memandangkan masalah berkenaan sudah wujud sekian lama namun masih tidak dapat diselesaikan.

“Bukan baru masalah kepadatan pelajar ni. Habis tu yang ada dekat kerajaan ni tak boleh ke cari jalan penyelesaian masalah ni? Apa negara perlu buat bagi menyelesaikan hal ini,” ciap ATANkola di laman Twitter.

“Kerajaan buatlah sekolah pula, asyik buat bangunan sahaja. Sekolah tu pun penting juga, takkan nak biar budak-budak bersesak dalam satu sekolah,” ciap kindy.

Menerusi laman media sosial Facebook, netizen turut mencadangkan kerajaan menghapuskan sekolah jenis vernakular supaya dapat memberi fokus kepada pembangunan sekolah kebangsaan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sekolah di Lembah Klang mengalami kesesakan sehinggakan menimbulkan desakan pelbagai pihak mahu kerajaan mengkaji semula perancangan pembinaan sekolah khususnya di kawasan perumahan.

Malah, terdapat seorang pelajar yang turut mengadu mengalami kegagalan mendapat perhatian daripada seorang guru kerana berada di dalam yang diduduki hampir 40 pelajar.

Sementara itu, ibu bapa turut menyatakan kebimbangan mereka kerana khuatir anak mereka mengalami keciciran jika bilik darjah tidak berada di dalam bentuk yang ideal. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.