Saya ditahan SPRM - Presiden PBK Voon Lee Shan - Utusan Malaysia

Saya ditahan SPRM – Presiden PBK Voon Lee Shan

VOON LEE SHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan mendakwa beliau ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Batu Lintang itu berkata, beliau sedang memandu keretanya melintasi Kenyalang Park apabila diarah berhenti oleh sebuah kereta.

“Saya ada dalam kereta, tiba-tiba ada kereta mengekori dan menghentikan saya. Mereka rampas kunci kereta saya dan cuba menahan saya.

“Saya tak tahu saya ditahan atas sebab apa, tapi mereka tak boleh macam ini, ini salah,” katanya yang menghubungi wartawan Utusan Malaysia pada pukul 8 pagi tadi.

Lee Shan yang cuba dihubungi sekali lagi setengah jam kemudian, tidak menjawab. Hanya kedengaran peti suara.

Beliau yang mengetuai PBK dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-12 kali ini menampilkan 73 calon daripada parti itu, dengan membawa kempen ‘Bebaskan Sarawak dari Malaysia” atas dakwan Perjanjian Malaysia 1963 tidak adil kepada rakyat negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya