Reman 'Mejar Shuhada' disambung - Utusan Malaysia

Reman ‘Mejar Shuhada’ disambung

AZLAN ABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tempoh reman seorang lelaki yang diberkas polis selepas dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan helah masalah peribadi dan urusan perkahwinan dilanjutkan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Azlan Abu ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, suspek berusia 19 tahun itu disambung reman sehingga 10 Disember ini. 

“Suspek ditahan pada 30 November lalu  di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru dan direman  lima hari bermula 1 Disember. 

“Bagaimanapun, kita telah melanjutkan tempoh reman sehingga 10 Disember ini dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, suspek diberkas pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan polis selepas dipercayai terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah dengan menyamar sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi.

Pemeriksaan di lokasi turut menemukan pakaian tentera berpangkat kapten dan aksesori. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil soal siasat suspek dipercayai telah memperdayakan seorang mangsa lelaki membabitkan kerugian RM21,400 dengan menggunakan helah masalah peribadi dan perkahwinan.

“Suspek akan memperdayakan mangsa melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp. Selain menipu wang, suspek juga terlibat dalam satu kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa lelaki dalam kejadian berlaku di rumah sama antara 23 hingga 25 November lalu,” katanya.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya