[PARLIMEN] Kerajaan perlu teliti rundingan FTA Malaysia-EU - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan perlu teliti rundingan FTA Malaysia-EU

LIM BAN HONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) atau Malaysia-EU FTA perlu dibuat dengan teliti terlebih dahulu.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata, bagaimanapun, kerajaan sedar mengenai kepentingan EU sebagai salah satu rakan dagang utama Malaysia.

Berikutan itu, jelasnya, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk menghidupkan semula rundingan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia perlu dibuat dengan teliti kerana pihak EU membuat permintaan yang tinggi dalam isu tertentu.

“Semua FTA yang ditandatangani Malaysia perlu memberi manfaat yang jelas dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu yang akan memberi kesan negatif kepada negara dan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ong Kian Ming (PH-Bangi) meminta kerajaan menjelaskan mengenai pendirian terkini mengenai rundingan FTA Malaysia-EU dan status terkini perbincangan FTA antara Malaysia dan European Free Trade Area (EFTA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN