Pejuang Johor bukan parti nyamuk - Nornekman

Pejuang Johor bukan parti nyamuk – Nornekman

NORNEKMAN OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor menafikan hanya sebuah parti nyamuk dan tidak berupaya memberi impak besar kepada pentas politik tempatan.

Sebaliknya, Ketua Negeri Pejuang Johor, Nornekman Osman berkata, Pejuang Johorr sedia memainkan peranan aktif sebagai ahli blok pembangkang khususnya bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, walaupun belum ada pengumuman rasmi parti itu menyertai PN, namun kerjasama di peringkat akar umbi telah mula dilaksanakan.

“Dalam soal parti politik ini, parti nyamuk atau gajah ia sebenarnya tengok pada peranan yang dimainkan. 

“Walaupun orang kata Pejuang parti nyamuk tetapi pimpinan kami banyak pengalaman sama ada di peringkat negeri atau pusat.

“Jadi saya rasa lebih baik kita katakan bahawa setiap parti melengkapi satu sama lain, ini penting untuk memastikan kesatuan dalam pembangkang terus kuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Negeri Johor di Bukit Pasir, Pagoh, di sini hari ini.

Nornekman memberitahu, Pejuang Johor yang mempunyai keahlian lebih 5,000 ahli ketika ini  sudah nyatakan hasrat sertai PN dari awal dahulu.

“Jadi, kita serahkan perkara tersebut kepada kepimpinan PN yang baharu untuk berikan keputusan.

“Walaupun belum sertai secara rasmi, tetapi di peringkat negeri kita sudah adakan persetujuan tersebut dan sudah mula bekerjasama dan menyokong satu sama lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN