Kes urus niaga saham: Bekas CEO disambung reman lima hari

Kes urus niaga saham: Bekas CEO disambung reman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan bersama seorang pengerusi syarikat disambung reman lima hari kerana disyaki bersubahat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun.

Kedua-dua individu itu disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham berkenaan.

Majistret Ainul Izzati Mohd. Jamili telah mengeluarkan perintah reman sehingga 16 April terhadap kedua-dua suspek tersebut selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebelum ini kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi telah mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Kes tersebut turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN