Sekumpulan lelaki larikan dua pikap Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pengawal diikat, sekumpulan lelaki larikan dua pikap Jabatan Kebajikan Masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau melarikan dua buah trak pikap milik pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, suspek turut mengikat tangan dan kaki  pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat berkenaan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, sekumpulan lelaki yang lengkap bertopeng dan memakai sarung tangan bertindak mengacukan pisau kepada pengawal keselamatan itu.

Katanya, suspek kemudian memecat baju dan mengikat kaki serta tangan mangsa.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati suspek  melarikan dua buah trak pikap milik JKM.

“Selain itu, suspek melarikan dompet, wang tunai RM300, telefon bimbit dan kunci motosikal milik mangsa,” katanya.

Sementara itu, pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan laporan polis sudah dibuat.

“Kita serahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut. Selain itu, JKM menjalankan siasatan dalaman berhubung kes tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN