NGO Kelantan mahu saman Petronas - Utusan Malaysia

NGO Kelantan mahu saman Petronas

WAN ZAWAWI WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sekretariat Bertindak Profesional Kelantan Tuntut Royalti atau dikenali sebagai Pro Royalti merancang  menyaman Petronas bagi memperjuang bayaran royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Pengerusi Pro Royalti, Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, tindakan undang-undang terbabit berpandukan kepada perjanjian yang dimeterai pada 1975 antara Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebagai permulaan, kata beliau, Pro Royalti akan menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji semula perjanjian antara Kelantan dengan Petronas serta mendapatkan fakta-fakta bagi menyokong tuntutan tersebut.

“Selain itu, kami akan berusaha mendapatkan khidmat juruukur antarabangsa untuk menentukan persempadanan sebenar perairan Kelantan.

“Kita juga akan mempertingkat  hubungan dengan semua pihak berkepentingan di peringkat Persekutuan dan mewujudkan satu jawatankuasa khas rundingan melibatkan semua pihak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Zawawi mengetuai rombongan Pro Royalti mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu berkaitan royalti petroleum di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya