Johor keluar daripada Majlis Agama Islam Malaysia - Utusan Malaysia

Johor keluar daripada Majlis Agama Islam Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Jun 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sultan Johor menitahkan supaya Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil tindakan keluar daripada menjadi ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Titah baginda: “Saya tidak suka rakyat Johor dilaga-lagakan berikutan pengumuman penetapan tarikh awal puasa pada hari Ahad 12 Jun lalu”. “Itu hak mutlak saya yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Johor dan Malaysia yang mana saya menjadi ketua negeri dan kepala agama yang boleh membuat sebarang keputusan”.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Jun 1979 – Presiden USNO, Tan Sri Said Keruak mengharapkan supaya UMNO dapat ditubuhkan segera di Sabah bagi menjamin dan menjaga kepentingan bumiputera di negeri berkenaan.
  • 15 Jun 1980 – Iraq menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam industri minyak sawit dan bahan perkayuan untuk pasaran negara berkenaan.
  • 15 Jun 1981 – Mohamed Zahana Ismail memenangi musabaqah membaca Al-Quran Lembaga Letrik Negara, peringkat kawasan utara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN