‘Nampak kan parti mana lebih ikhlas dan jujur?’  - Utusan Malaysia

‘Nampak kan parti mana lebih ikhlas dan jujur?’ 

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan, orang ramai kini boleh melihat parti mana yang lebih ikhlas dan jujur melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. 

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) kekal melaksanakan janjinya kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan tidak meletakkan calon pada pilihan raya itu. 

“BN hormati GPS, namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding? Tetapi atas tiket Bebas biarpun Pengerusi Perikatan Nasional (PN) (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata tidak akan bertanding di PRN Sarawak. 

“Nampak kan parti mana lebih ikhlas dan jujur? Rakyat Sarawak pasti boleh menilainya? Oh. Pas pun bertanding juga kan? Ingat masa PRN Sabah dulu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak BAGI memberi laluan penuh kepada parti GPS. 

Ini kerana, GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) adalah parti yang mesra dengan PN sejak hari pertama PN mengambil alih kerajaan. 

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya empat ahli Bersatu disahkan bertanding sebagai calon Bebas pada PRN Sarawak kali ini. 

Naib Presiden Bersatu Sarawak, Datuk Ali Biju sebelum ini menyerahkan kertas pencalonannya untuk mempertahan kerusi Krian yang dimenanginya pada 2011 dan 2016. 

Semalam, tiga lagi ahli Bersatu bertanding Bebas iaitu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Siki Balarik; calon Bawang Assan, Ricky Enteri dan calon Muara Tuang, Ismawi Muhammad. S

Siki adalah Ketua Bersatu Hulu Rajang, Ismawi adalah Ketua Bersatu Kota Samarahan manakala Ricky seorang aktivis Bersatu di Sibu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya