fbpx

19 Januari 2022, 6:11 pm

  TERKINI

Najib fitnah Bersatu nak jatuhkan PM – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Wan Saiful Wan Jan menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersatu berhasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Bersatu itu menyifatkan tuduhan Najib itu sekadar fitnah semata-mata.

“Najib kata Bersatu susun propaganda untuk jatuhkan PM. Saya nafikan. Ini fitnah,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan dakwaan yang dibuat oleh Najib terhadap Bersatu.

“Tidak pelik fitnah itu datang dari Najib. Itulah kata-kata orang berpengalaman bersama rakan-rakannya yang pernah jatuhkan Perdana Menteri. Dia ingat semua orang perangai macam dia?

“Hakikatnya isu barang naik ini sudah menjadi bualan dan keresahan serius seluruh masyarakat,” katanya.

Justeru, Wan Saiful meminta Najib supaya tidak perlu menuding jari menyalahkan orang lain, sebaliknya mencadangkan penyelesaian yang wajar.

“Atau sebenarnya cuba divert attention sebab 8 Disember dah dekat?” Soalnya yang merujuk kepada keputusan rayuan Najib terhadap hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI