MEDIKK ditubuhkan bagi selaras kemajuan digital di setiap negeri - Utusan Malaysia

MEDIKK ditubuhkan bagi selaras kemajuan digital di setiap negeri

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) hari ini telah pun ditubuhkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia sendiri.

Menurut menterinya, Tan Sri Annuar Musa, beliau akan mempengerusikan majlis itu dengan keanggotaan terdiri wakil daripada Exco setiap negeri yang memegang portfolio berkaitan.

“Bagi urusan di tiga Wilayah Persekutan pula, keanggotaannya melibatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim,” katanya menerusi kenyataan di sini.

MEDIKK ujarnya, merupakan satu platform hubungan secara langsung antara kementerian tersebut dan pentadbiran kerajaan negeri yang akan mengadakan mesyuarat secara berkala.

Uniknya majlis baharu itu tambahnya, membincangkan secara keseluruhan berkaitan portfolio kementerian iaitu bidang penerangan, industri kreatif, telekomunikasi dan ekonomi digital.

Penubuhan MEDIKK tegasnya, turut selaras dengan objektif kementerian beliau untuk dapat menyediakan prasarana komunikasi secara holistik dan inklusif lebih pantas di setiap negeri.

“Langkah ini demi membangunkan lagi prospek ekonomi digital, memperkasakan teknologi maklumat dan komunikasi negara selain memangkin industri kreatif tempatan,” kata Annuar.

Beliau bahkan menaruh keyakinan MEDIKK mampu berperanan sebagai penyelaras dalam usaha memperluas dan memperdalamkan penyampaian dan penyebaran maklumat strategik.

Mesyuarat sulung majlis itu pada hari ini turut membincangkan isu kajian mengenai caj dan yuran servis fasiliti infrastruktur digital yang berbeza dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Turut dibangkitkan ialah perkembangan kemajuan program Jalinan Digital Negara (Jendela) dan laporan terkini pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi digital di seluruh negara ketika ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN