Malaysia dilanda Penasihat-mania? - Kit Siang - Utusan Malaysia

Malaysia dilanda Penasihat-mania? – Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Malaysia akan dilanda krisis ‘adviser-mania’ susulan laporan seorang lagi Penasihat Khas yang bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam bidang kesihatan akan dilantik dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut mempersoalkan justifikasi pelantikan penasihat khas mengenai portfolio apabila sudah ada menteri.

Katanya, ini seolah-olah mencerminkan ketidakyakinan Perdana Menteri terhadap menteri-menteri berkenaan.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad memberitahu Parlimen bahawa Ismail Sabri mempunyai tiga penasihat khas yang menasihatinya mengenai kesihatan, agama serta undang-undang dan hak asasi manusia.

“Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said adalah penasihat undang-undang dan hak asasi manusia Ismail Sabri; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah penasihat agama manakala seorang bekas dekan dijangka menjadi penasihat kesihatan beliau.

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga mempunyai penasihat khas.

“Adakah Malaysia mengalami serangan Penasihat-mania, di mana Perdana Menteri akhirnya akan mempunyai 31 atau lebih Penasihat Khas, membayangi 31 Menteri dalam Kabinet, manakala setiap Menteri akan mempunyai Penasihat Khas setiap seorang?” Soalnya dalam satu kenyataan di blog.limkitsiang.com.

Terdahulu, semalam media melaporkan, Abdul Latiff berkata, anggaran kos bulanan keseluruhan bagi setiap pejabat Penasihat Khas yang dilantik termasuk kos pegawai di pejabat itu adalah RM50,000.

Katanya, kos itu termasuk bayaran gaji dan emolumen Penasihat Khas serta pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal dasar dan operasi di pejabat itu.

Menurut Kit Siang, apabila tahap itu dicapai, maka mesyuarat Kabinet mingguan tidak diperlukan kerana ia boleh digantikan dengan mesyuarat Penasihat Khas mingguan.

“Apakah justifikasi pelantikan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai portfolio apabila sudah ada Menteri? Bukankah ini mencerminkan ketidakyakinan Perdana Menteri terhadap Menteri-menteri berkenaan?

“Mungkin juga mengetepikan Kabinet sama sekali dan hanya bergantung kepada Penasihat Khas,” jelasnya. 

Tambah beliau, pelantikan itu bukan satu-satunya pelantikan ‘sinecure’, malah pelantikan yang tidak perlu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan utusan khas serantau apabila sudah ada duta ke setiap negara.

“Tidak masuk akal apabila kita mempunyai Duta Khas Menteri Perdana Menteri ke Asia Barat yang tidak boleh melawat Arab Saudi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya