Dua lelaki didakwa curi peralatan skuad England

Dua lelaki didakwa curi peralatan skuad England

PEMAIN England menjalani latihan sebagai persiapan untuk aksi pertama Piala Dunia 2026.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Dua suspek kes kecurian peralatan dan kelengkapan skuad England bernilai AS$18,000 (RM73,000) ketika kempen Piala Dunia 2026 berlangsung di Amerika Syarikat (AS) didakwa, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pendakwa Jackson County, Melesa Johnson, dua suspek itu, Mustafa Salik dan Erfan Kamal masing-masing berdepan satu pertuduhan menerima harta curi.

Peralatan berkenaan dilaporkan dicuri daripada kenderaan ketika ia dipindahkan dari kem latihan England di Florida ke pangkalan pasukan itu di Kansas City.

Pejabat Johnson dalam kenyataannya berkata nilai keseluruhan barangan yang dicuri dianggarkan sekitar AS$18,000 (RM73,000).

“Jackson County tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti jenayah yang menyasarkan pengunjung Piala Dunia, termasuk pasukan antarabangsa yang datang ke sini untuk bertanding.

“Kami berterima kasih kepada Jabatan Polis Kansas City dan pasukan peguam bertugas yang bertindak pantas menyiasat insiden ini serta memfailkan pertuduhan dengan segera,” katanya.

Kesalahan di bawah undang-undang negeri Missouri itu boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Datuk Bandar Kansas City, Quinton Lucas turut memuji usaha pihak polis dan pejabat pendakwa raya yang berjaya menyelesaikan siasatan merentasi beberapa negeri serta membantu mangsa mendapatkan semula barangan yang dicuri ketika dalam proses penghantaran.

Terdahulu, penjaga gol simpanan England, Dean Henderson mengesahkan kasutnya yang hilang sudah ditemui semula selepas laporan menyatakan kebanyakan peralatan yang dicuri berjaya diperoleh kembali.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN