Majikan swasta digalak beri cuti am bergaji kepada pekerja

Majikan swasta digalak beri cuti am bergaji kepada pekerja di 3 wilayah Persekutuan esok

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para majikan di sektor swasta digalakkan memberikan cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya di tiga Wilayah Persekutuan, esok.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia susulan pengisytiharan hari pelepasan am tambahan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kata beliau, ini memandangkan hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan tersebut  bukan merupakan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut  seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265]. 

“Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan  sempena kejuaraan pasukan KL City FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia  2021. 

“Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat selaras dengan subseksyen  9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN