Lelaki didakwa bunuh bapa - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa bunuh bapa

FAIZAL Riza Ridwan, 48, didapati membunuh bapanya, Ridwan Ab. Latip, 73, dalam kejadian di sebuah rumah di No 255, Baty 28, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh bapanya dalam kejadian pada 1 Disember lalu.

Tertuduh dikenali sebagai Faizal Riza Ridwan, 48, didapati membunuh bapanya, Ridwan Ab. Latip, 73, dalam kejadian di sebuah rumah di No 255, Baty 28, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu antara pukul 4.45 hingga 5.30 petang dan telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman, tertuduh mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan.

Ayuni Izzaty kemudian menetapkan 24 Januari 2022 untuk tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan, laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman meminta mahkamah supaya menangguhkan pertuduhan kes itu kerana tertuduh ada rekod kesihatan mental.

Tertuduh juga tidak ditawarkan jaminan dan diserah ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan Ipoh Perak untuk penilaian kesihatan mental di bawah Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Tertuduh juga akan dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sementara menunggu kekosongan masuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan Ipoh, Perak. 

Terdahulu, tertuduh tiba di Mahkamah Sepang kira-kira pukul 10.17 diriingi dua pegawai polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata, pihaknya menemui seorang lelaki warga emas dalam keadaan berlumuran darah di kepala dan muka selepas dipukul anak lelakinya sendiri.

Katanya, siasatan mendapati, suspek yang juga pesakit mental dikatakan hilang kawalan sebelum mengamuk dan memukul mangsa.

“Suspek dikatakan sudah lama tidak mengambil ubat penenang menyebabkan tingkah lakunya sukar di kawal sehinggalah bertindak mencederakan mangsa.

“Mangsa maut selepas mengalami cedera parah di muka akibat dipijak oleh yang turut menyebabkan retak di bahagian tengkorak selain luka akibat torehan pisau pemotong kek,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya