Dua beradik maut kereta terbabas

Dua beradik maut kereta terbabas

KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 11, Jalan Bahau - Kemayan di Jempol, Negeri Sembilan malam tadi.-GAMBAR / IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam nahas di Kilometer 11, Jalan Bahau-Kemayan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut dipandu lelaki berusia 31 tahun bersama dua penumpang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, ketiga-tiga mangsa yang merupakan adik-beradik sedang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Temerloh, Pahang.

“Setibanya di lokasi kejadian, ketika melalui satu selekoh, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelah kanan arah bertentangan. Kenderaan itu kemudian melanggar papan tanda arah jalan lalu merempuh sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhisham berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang bekerja sebagai pegawai keselamatan dan penumpang belakang yang merupakan pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa iaitu penumpang di hadapan cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×