Lari berbogel jika JDT kalah: 'Aku minta maaf' - Utusan Malaysia

Lari berbogel jika JDT kalah: ‘Aku minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari dikecam hebat oleh ‘tentera bawang’, lelaki dipercayai peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tular sebelum ini akhirnya tampil mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Menerusi rakaman video di TikTok, lelaki itu juga berjanji untuk tidak akan mengulangi perbuatannya dan mengharapkan permohonan maafnya diterima.

“Assalamualaikum, dengan rendah diri saya ingin memohon maaf disebabkan video saya tular baru-baru ini.

“Saya berjanji tak akan mengulanginya,” katanya.

Selain itu, dia juga bernazar untuk memberi pemasangan cermin gelap terhadap sebuah surau tanpa menyatakan lokasinya.

Rata-rata netizen dalam ruangan komen memaafkan lelaki itu dan berharap tidak mengulanginya.

Sebelum ini, satu rakaman video di aplikasi TikTok tular menunjukkan rasa geram seorang lelaki yang dikecam selepas ‘sesak nafas’ dan tidak jadi berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor.

Pada awalnya, lelaki itu didakwa berjanji akan membuka baju dan seluar dari Kuala Lumpur hingga ke Johor.

Ini selepas lelaki tersebut membuat janji untuk berbogel jika Kuala Lumpur City (KL City) dapat mengalahkan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Namun malang bagi lelaki tersebut, kerana JDT tewas 0-2 terhadap KL City.

“Mana-mana yang kecam aku tu, berdosa-berdosa, berdosa,” tegasnya.

Terdahulu lelaki itu berkata: “Hidup JDT! Aku bogel dari KL sampai Johor tau”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya