Langgar SOP, Ali Biju kena kompaun RM4,000 - Utusan Malaysia

Langgar SOP, Ali Biju kena kompaun RM4,000

ALI BIJU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju dikenakan kompaun RM4,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kompaun itu dikenakan kepada calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian tersebut bagi kesalahan semasa hari penamaan calon, Isnin lalu.

“Insiden berlaku selepas calon menyerahkan borang pencalonannya. Apabila dia keluar daripada pusat penamaan calon, penyokongnya berkumpul mengelilinginya tanpa mengikut SOP,” katanya kepada pemberita semalam.

Walaupun Aidi tidak menyebut nama Ali secara langsung, Ali adalah satu-satunya calon Bebas yang bertanding di Krian.

Ali yang merupakan ahli Bersatu, tampil mempertahan kerusi Krian sebagai calon Bebas menentang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Musa Dinggat dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Danny Kuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya