Kreativiti Pak Abu hasilkan replika hiasan - Utusan Malaysia

Kreativiti Pak Abu hasilkan replika hiasan

ABU Talib Abd. Ghaffar menunjukkan replika rumah yang dibuat dari bahan-bahan terbuang di rumahnya di Kampung Jawa, Pulai Sebatang, Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Minat dan berkebolehan dalam bidang seni mencetuskan ilham kepada seorang tukang rumah menjadikan bahan buangan untuk menghasilkan replika hiasan.

Abu Talib Abd. Ghaffar, 58, memilih pembuatan replika rumah tradisional walaupun sebelum ini pernah menyiapkan replika bot yang menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Menurutnya, dia menggunakan lebihan barangan kerja-kerja pembuatan seperti kayu, tikar buluh dan plastik sebagai bahan-bahan pembuatan replika yang hanya mengambil masa sehari ke dua hari untuk disiapkan.

“Sebenarnya pembuatan replika rumah ini hanya sebagai hobi mengisi masa lapang jika tiada tawaran bertukang rumah atau tidak turun ke laut disebabkan oleh faktor cuaca,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Jawa, Pulai Sebatang, semalam.

Mesra dipanggil Pak Abu, datuk kepada lima cucu itu berkata, dia tidak menetapkan sasaran pembuatan replika rumah dalam sebulan kerana tiada sebarang tempahan diterima sebaliknya hanya sebagai meme­nuhi masa terluang dan dijadikan cende­ramata kepada sanak saudara.

“Sejak saya menceburi bidang pembuatan replika empat tahun lalu, kira-kira 30 buah replika termasuk bot berjaya dibuat dengan pelbagai bentuk yang hanya berdasarkan kepada imaginasi sahaja,” jelasnya.

Katanya, pembuatan replika turut dibantu isterinya, Suriati Haris, 54, yang mempu­nyai minat sama bagi mengisi masa lapang memandangkan hanya menjadi suri rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN