Kes Najib: Keputusan rayuan kekal dibuat esok - Utusan Malaysia

Kes Najib: Keputusan rayuan kekal dibuat esok

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memberikan gambaran bahawa prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan seperti dijadualkan.

Menurut Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman yang mengetuai panel tiga hakim, keputusan tersebut itu boleh dilakukan sama ada secara fizikal atau secara dalam talian.

“Esok tetap esok, belum ada sebarang petunjuk untuk keputusan esok ditangguhkan! Esok pun mahkamah boleh beri keputusan secara obline mengikut Seksyen 15 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

“Esok hanya untuk bacakan keputusan sahaja, bukannya untuk dengar hujahan. (Pendengaran) hujahan dah selesai dan ditutup Mei lalu. Kalau seorang sahaja peguam hadir ke mahkamah pun tak apa,” tegas hakim itu.

Hakim tersebut berkata demikian selepas peguam Harvinder Singh Sidhu memohon prosiding pendengaran permohonan memasukkan bukti baharu hari ini dan keputusan rayuan Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. esok ditangguhkan.

Peguam terbabit memohon penangguhan tersebut selepas seorang lagi peguam Najib didapati postif Covid-19 selepas menghadiri majlis Sabtu lalu. Ujian kendiri turut dilakukan kepada ahli-ahli pasukan peguam yang lain dan kesemua peguam termasuk peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Sahfee Abdullah dan keputusan mereka negatif.

Najib memfailkan notis rayuan tersebut pada 30 Julai 2020 seelpas tidak berpuas hati denga keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan rayuan tersebut telah didengar selama 15 hari bermula 5 April lalu di Mahkamah Rayuan.

Ketika memfailkan petisyen rayuannya, Najib mengemukakan 307 alasan kenapa beliau tidak patut didapati bersalah dalam kes itu.

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib dengan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

SRC International merupakan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohd. Nazlan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Hukuman tersebut bagaimanapun dibenarkan untuk digantung sementara menunggu rayuan Najib diputuskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya