PM sertai 10,000 jemaah solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

PM sertai 10,000 jemaah solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menunaikan solat sunat Hari Raya aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 10,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra di sini, pagi ini.

Perdana Menteri tiba pada pukul 7.56 pagi bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketibaan beliau disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Perdana Menteri bersama jemaah kemudian sama-sama mengalunkan takbir Aidiladha, sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha, yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Dr. Muhammad Zakuwa Rodzali.

Semua jemaah kemudian mendengar khutbah Aidiladha bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”, yang disampaikan Muhammad Zakuwa.

Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN