Kerajaan PH Negeri Sembilan tetap laksanakan had tempoh jawatan MB - Utusan Malaysia

Kerajaan PH Negeri Sembilan tetap laksanakan had tempoh jawatan MB

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan tetap melaksanakan had tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal walaupun rang undang-undang (RUU) itu tidak dapat diwartakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun pembentangan mengenainya tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini, ia tetap dilaksanakan kerajaan PH Negeri Sembilan kerana adalah sebahagian manifesto parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“Hal ini kerana perkara itu adalah sebahagian daripada kandungan manifesto PH yang ditetapkan pada PRU yang lalu. Sebagai kerajaan, PH akan tetap melaksanakan manifesto itu.

“Kami akur walaupun ia tidak dapat diletakkan sebagai suatu enakmen, tetapi bagi kami, bagi saya dan rakan-rakan yang lain pastinya akan memberikan penghormatan terhadap apa yang telah kami cadangkan itu. 

“Itu adalah kehendak kami sendiri jika PH terus diberikan kepercayaan menerajui kepemimpinan negeri ini pada masa depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Sementara itu, beliau memaklumkan, kerajaan Negeri Sembilan menyokong agar pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dibincangkan semula dapat diteruskan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya